sabiah's FotoPage

By: ida sabiah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Dec-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cycling Hunt Putrajaya

 
 
 
View all 26 photos...




Saturday, 21-Nov-2009 02:05 Email | Share | | Bookmark
Sis Engangement

 
 
 
View all 9 photos...
Nampaknya dia dh langkah bendul, bukan sy sorang kay..ade kakak lg sorang.

Sedikit Info utk dikongsi berkenaan langkah bendul ni:

Quote:
Sabda Rasulullah:"Apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu amalan yang elok, maka ia adalah elok di sisi Allah, dan apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu amalan yang keji, maka ia adalah keji disisi Allah " .
( Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dari Ibnu Mas’ud )

Tradisi Langkah Bendul mengikut kepercayaan kaum :

ADAT BANGKAHULU

Bagi masyarakat Bangkahulu, apabila seseorang adik mendahuui Kakaknya dalam berumahtangga,
bakal suami si adik dikehendaki menghadiahkan dua pasang pakaian dan sebentuk cincin kepada si
Kakak.Pada hari bersejarah itu juga, si Kakak akan dimandikan dengan bunga-bungaan yang kononnya untuk menghilangkan sial.

ADAT TEMUAN

Langkah Bendul dalam masyarakat Temuan jarang terjadi kerana apabila seseorang anak perempuan
itu sudah mencapai akil baligh, ibu bapa si gadis akan berusaha mencarikan jodoh anak perempuan
mereka.Bagaimanapun ia ada juga terjadi dan bakal suami si adik dikehendaki menghadiahkan sebiji
bantal,sehelai tikar dan sehelai kain batik untuk si Kakak yang dilangkah. Hadiah-hadiah diberikan kepada Jugrah atau Ketua Adat sebagai wakil untuk meminta izin dari Kakak. Bagi mereka yang berada pula, sebentuk cincin dan sepasang pakaian diberikan sebagai menghurmati perasaannya.

ADAT MAH-MERI

Masyarakat Mah-meri menganggap Langkah Bendul adalah suatu tradisi yang menarik dan unik.Walaupun zaman sudah berubah, namun tradisi itu masih menjadi amalan.Menurut Tok Batin,Langkah Bendul ini merupakan acara yang memilukan di mana adik dan si Kakak akan berpeluk-pelukan dan bertangis-tangisan. Sebelum Pengantin bersiap, si adik akan memandikan si Kakak, memakaikan pakaian indah dan menyolek. Si Kakak kemudian didudukkan di sisi Pengantin Perempuan dan ditepung tawarkan oleh si adik sambil meminta izin kali terakhir. Hadiah sepesalinan pakaian atau mengikut kemampuan diberikan kepada si Kakak.

Itulah serba sedikit amalan dari kaum lain,bagaimana pula perasaan dan pengalaman si Kakak itu sendiriyang telah melalui amalan tradisi ini,bolehlah dikongsi bersama.


Satu lagi,

Quote:
Apabila adik mendahului perkahwinannya dari Kakak , ia digelar Langkah Bendul.Benarkah apabila berlaku Langkah Bendul ini dengan sendirinya martabat Kakak jatuh kerana dianggap tidak laku atau tiada yang berkenan dengannya ? Sesetengah pihak mengambil berat tentangnya malah dianggap sebagai salah satu pantang larang kononnya apabila adik berkahwin dulu, Kakak akan sukar mendapat jodoh secara tidak langsung ia merupakan penghinaan kepada si Kakak.Mungkin juga ia membawa perbalahan dan masam muka antara adik beradik.Tetapi ada juga yang tidak kisah mengenai hal tersebut.

Memberi hadiah atau persalinan kepada Kakak yang dilangkah bendul itu merupakan amalan tradisi yang diamalkan oleh kebanyakan orang tetapi ada juga beranggapan ianya sudah tidak sesuai di zaman ini. Perbuatan ini bukan menyusahkan malah membebankan pengantin lelaki.Dalam Islam tidak ada peraturan siapakah yang harus berumahtangga dulu samada adik atau kakak apabila sudah sampai jodoh.

Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan menggalakkan umatnya menjaga perasaan sesama insan. Perlulah ada tolak ansur antara adik dan kakak malah sebaiknya si adik meminta keizinan dari Kakak terlebih dahulu.

Islam tidak menggalakkan adat Melangkah Bendul ini dikenakan syarat-syarat yang ketat seperti memberi hadiah atau persalinan serba satu sepertimana yang si adik terima.Kakak haruslah memahami dan merestui niat suci adik dan bukannya mengambil kesempatan.

Islam menekankan hidup harmoni dan rukun damai dalam sesebuah keluarga dengan tidak menyinggung perasaan sesama sendiri.Si adik harus bersyukur kerana telah mendapat jodoh dan janganlah hingga membawa kepada bermegah diri.

Adat ini digalakkan asal tidak bercanggah dalam Islam sehingga membawa kesusahan pada Pengantin lelaki tetapi terpulanglah kepada individu itu sendiri kerana Islam itu menyenangkan.


Wednesday, 7-Oct-2009 03:32 Email | Share | | Bookmark
Meja Kerja

burung(ke ape) dr new zealand
pokok
kuih raya
View all 5 photos...


Sunday, 20-Sep-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri 1430H (2009)

 
 
 
View all 6 photos...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga...



Saturday, 15-Aug-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pesta Konvokesyen UM 2009-Adik

 
 
 
Universiti Malaya
Ijazah Sarjana Muda sains Kimia


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net